18 May 2009

Im a GSTT again!! At SK Alor Pongsu

Alhamdulillah, Tahun ni sekali lagi aq jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Kali ini, aq mengajar di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. Still dalam bidang yang sama iaitu Pendidikan Khas. Dulu mengajar pelajar - pelajar dewasa (menengah) tp kali ni murid - murid sekolah rendah... Teruja juga aq nak mengajar. Sbb comal - comel budak - budak sekolah rendah ni. Sedikit pun tiada perasaan kesal utk mengajar murid - murid rendah ni.

Hari pertama saya mula berkhidmat di sekolah SK alor pongsu, saya sudah menerima 2 buah hadiah. Walaupun kecil tapi penuh makna. Saya tidak pernah sesekali berkhidmat di sekolah tersebut mahupun berjumpa dengan murid - murid di sekolah tersebut tetapi, pada hari pertama tersebut. Sekolah SK Alor Pongsu sedang bersiap - sedia utk menyambut hari guru. Secara tidak langsung, saya dikehendaki turut serta dalam acara yang dilangsungkan.

Sempat pengacara majlis memberikan satu slot pada saya untuk memperkenalkan diri dihadapan perhimpunan yg disaksikan oleh guru - guru dan murid- murid. Teramat lah malu, dalam hati ni saya ni. bergetar - getar. Dalam otak kosong. Seakan - akan saya berada di dalam bilik yang kosong, gelap dan sunyi. Rasa nak pitam pun ada ha ha ha ha. Tapi tak kan nak kantoikan diri pada hari pertama, jadi gagahkan diri juga melangkah naik atas mini pentas tu.

Apa lagi, bercakap dengan nada yang romantik tapi cukup untuk hadirin dengar ha ha ha. Tak panjang pun ucapan, sekadar memperkenalkan diri. Majlis sambutan hari guru hanya di sambut dari pukul 8am sehingga 11am sahaja. Ini disebabkan arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bila sesi bersurai dan semua guru - guru berbaris memanjang kerana semua murid - murid SK Alor Pongsu akan bersalam kesemua guru - guru yang hadir. Sambil bersalam, Murid - murid akan memberikan hadiah kepada guru mereka yang disayangi.

TUP TUP TUP, saya dapat hadiah daripada murid. Memang terkejut. SALAH BAGI KAT GURU KOT.. nak bagi guru lain tp terbagi kat saya ha ha ha.Bila habis sahaja sesi bersalam, semua guru - guru bersurai. Semasa saya berjalan ke kantin, Sekumpulan pelajar perempuan (rasanya tahun 6) memanggil nama saya dan menyerahkan hadiah mereka. Sekali lagi terkejut. Ada Peminat tu ha ha ha.. (ada aura cam mawi ni)

Kenangan manis hari guru yang pertama kali saya diraihi oleh murid - murid ha ha ha. Selepas habisnya majlis hari guru. Saya menuju ke bagunan Pendidikan Khas. Guru - guru pendidikan khas dan ppm cukup baik dan peramah. Alhamdulillah lah, tiada masalah komunikasi. Alamak, banyak da berceloteh ha ha ha.. Jom kita tengok hadiah yang saya dapat dari murid - murid tu ha ha ha.

Ni hadiah pertama yang saya perolehi ketika bersalam dengan murid - murid

Ini pula hadiah kedua saya perolehi daripada sekumpulan murid - murid perempuan
( Rasanya murid - murid tahun 6 sebab dah besar )

Hadiah Bergabung he he he he he

0 comments:

Post a Comment