30 April 2009

Tamat Kontrak Guru Ganti

Akhirnya tamat juga waktu utk saya berkhidmat dekat PPKI-SMKSP sebagai guru ganti. Saya cuma menggantikan tempat Cikgu Rahima yang sedang mengambil cuti bersalin selama 2 bulan. Walaupun hanya 2 bulan di situ, tapi alhamdulillah... syukur pada ilahi kerana saya masih sempat menyiapkan dan menyumbangkan sedikit kenangan di sekolah SMK Seri Perak sekali lagi. Yap... saya rindukan warga PPKI-SMKSP daripada guru, ppm hinggalah pelajar - pelajar sendiri. Hope mereka tidak lupa saya seperti mana saya sentiasa merindui kenangan bersama mereka.

Setiap manusia punya laluan yang telah di tentukan oleh yang maha esa. Maybe sekarang kita berpisah tp siapa tahu, tuhan maha kuasa... Tup tup, esok saya kembali semula bersama mereka? siapa sangka kan? hahaha... Hmm KPLI tak dapat, entalah result DPLI ni... Klau tak dapat, maybe x ada rezeki tahun ni... Cuba lagi sehingga berjaya... insyah allah, Amiiinnn... Hari terakhir sy di SMKSP adalah pada Hari Anugerah Kualiti 2008 bertempat di dewan asrama SMKSP... Sempat lagi tu berposing sakan dengan Cikgu - Cikgu PPKI-SMKSP. Biasalah, org pengang Kamera ni... gambar sendiri tak banyak... so letak je apa yang ada kan :)


Dari kiri Miss Looi, Cik Shikin, Pn.Rosma, Cik Daya, Pn.Mages dan En.Anwar

Dari Kiri En.Meor, En.Anwar, Cik.Min, Cik.Shikin, Cik.Daya, Pn.Mages, Pn.Rosma, Cik.Wahida, Miss Looi dan En.Din

Kenangan bersama rakan - rakan PPKI-SMKSP tidak akan luput dari minda selagi nyawa di kandung badan dan masih waras... insyah allah... Salam kebahagiaan dari Saya untuk semua Warga SMK Seri Perak... Terima Kasih kerana memberikan saya peluang untuk berbakti di SMK Seri Perak. :)