Alhamdulillah! saat - saat tidak berkerja ni, ada juga kerja yang berfaedah sy buat. Kali ni jadi fotografi kepada SK Sg. Kepar. Mereka mengadakan Aktiviti Terapi Pergerakan iaitu Bermain Bowling. Permainan bowling diadakan bertempat di WINNER BOWLING, Taiping. Seramai 21 murid dan di bantu oleh 7 guru (termasuk sy) dan 2 pembantu pengurusan murid. Aktiviti berlangsung dari jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari. Meriah sungguh pada hari tersebut. Pelbagai gelagat peserta membaling bola bowling. Ada yang gaya seperti utraman, ada yang nak terbaling dengan bola - bola sekali dan ada juga yang membaling bola ke belakang.
Kalau di ingat - ingatkan, memang kelakar dan seronok melihat mereka semua bermain. kumpulan di bahagikan kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan diawasi oleh seorg guru atau PPM dan 2 atau 3 murid dalam 1 kumpulan. Saya kumpulan terakhir dan mengajar 2 orang pelajar. Seorang masalah pendengaran dan seorang lagi slow leaner. Tapi mereka baik - baik jer. Boleh dikirakan sepanjang permainan, banyak bola termasuk lorong tepi yang dikenali juga sebagai LONGKANG. Tapi mereka tetap bersemangat untuk cuba memastikan bola mengena sasaran. Walaupun terkena satu pin bowling sahaja, kami tetap bersorak seakan - akan semua pin bowling terjatuh. Tidak cukup dengan bersorak. Siap menari - nari lagi hahahaha.. Tujuan sebenarnya adalah untuk memberikan penghargaan dan semangat kepada murid - murid agar cuba lagi untuk menjatuhkan lebih banyak pin bowling. itulah salah satu kegembiraan bersama mereka. Jom tengok gambar - gambar yang sempat di ambil.



Dari Kiri Atas: Cikgu Azimah, Cikgu Shida, Cikgu Siti
Dari Kiri Tengah: Cikgu Ayu, Kak. Izan
Dari kiri bawah: Cikgu Tarmizi, Cikgu Shah, Kak. Yan


kepala dah sama besar dengan bola bowling .....



0 comments:
Post a Comment