18 May 2009

Im a GSTT again!! At SK Alor Pongsu

Alhamdulillah, Tahun ni sekali lagi aq jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Kali ini, aq mengajar di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. Still dalam bidang yang sama iaitu Pendidikan Khas. Dulu mengajar pelajar - pelajar dewasa (menengah) tp kali ni murid - murid sekolah rendah... Teruja juga aq nak mengajar. Sbb comal - comel budak - budak sekolah rendah ni. Sedikit pun tiada perasaan kesal utk mengajar murid - murid rendah ni.

Hari pertama saya mula berkhidmat di sekolah SK alor pongsu, saya sudah menerima 2 buah hadiah. Walaupun kecil tapi penuh makna. Saya tidak pernah sesekali berkhidmat di sekolah tersebut mahupun berjumpa dengan murid - murid di sekolah tersebut tetapi, pada hari pertama tersebut. Sekolah SK Alor Pongsu sedang bersiap - sedia utk menyambut hari guru. Secara tidak langsung, saya dikehendaki turut serta dalam acara yang dilangsungkan.

Sempat pengacara majlis memberikan satu slot pada saya untuk memperkenalkan diri dihadapan perhimpunan yg disaksikan oleh guru - guru dan murid- murid. Teramat lah malu, dalam hati ni saya ni. bergetar - getar. Dalam otak kosong. Seakan - akan saya berada di dalam bilik yang kosong, gelap dan sunyi. Rasa nak pitam pun ada ha ha ha ha. Tapi tak kan nak kantoikan diri pada hari pertama, jadi gagahkan diri juga melangkah naik atas mini pentas tu.

Apa lagi, bercakap dengan nada yang romantik tapi cukup untuk hadirin dengar ha ha ha. Tak panjang pun ucapan, sekadar memperkenalkan diri. Majlis sambutan hari guru hanya di sambut dari pukul 8am sehingga 11am sahaja. Ini disebabkan arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bila sesi bersurai dan semua guru - guru berbaris memanjang kerana semua murid - murid SK Alor Pongsu akan bersalam kesemua guru - guru yang hadir. Sambil bersalam, Murid - murid akan memberikan hadiah kepada guru mereka yang disayangi.

TUP TUP TUP, saya dapat hadiah daripada murid. Memang terkejut. SALAH BAGI KAT GURU KOT.. nak bagi guru lain tp terbagi kat saya ha ha ha.Bila habis sahaja sesi bersalam, semua guru - guru bersurai. Semasa saya berjalan ke kantin, Sekumpulan pelajar perempuan (rasanya tahun 6) memanggil nama saya dan menyerahkan hadiah mereka. Sekali lagi terkejut. Ada Peminat tu ha ha ha.. (ada aura cam mawi ni)

Kenangan manis hari guru yang pertama kali saya diraihi oleh murid - murid ha ha ha. Selepas habisnya majlis hari guru. Saya menuju ke bagunan Pendidikan Khas. Guru - guru pendidikan khas dan ppm cukup baik dan peramah. Alhamdulillah lah, tiada masalah komunikasi. Alamak, banyak da berceloteh ha ha ha.. Jom kita tengok hadiah yang saya dapat dari murid - murid tu ha ha ha.

Ni hadiah pertama yang saya perolehi ketika bersalam dengan murid - murid

Ini pula hadiah kedua saya perolehi daripada sekumpulan murid - murid perempuan
( Rasanya murid - murid tahun 6 sebab dah besar )

Hadiah Bergabung he he he he he

13 May 2009

Aktiviti Terapi Pergerakan Pendidikan Khas

Alhamdulillah! saat - saat tidak berkerja ni, ada juga kerja yang berfaedah sy buat. Kali ni jadi fotografi kepada SK Sg. Kepar. Mereka mengadakan Aktiviti Terapi Pergerakan iaitu Bermain Bowling. Permainan bowling diadakan bertempat di WINNER BOWLING, Taiping. Seramai 21 murid dan di bantu oleh 7 guru (termasuk sy) dan 2 pembantu pengurusan murid. Aktiviti berlangsung dari jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari. Meriah sungguh pada hari tersebut. Pelbagai gelagat peserta membaling bola bowling. Ada yang gaya seperti utraman, ada yang nak terbaling dengan bola - bola sekali dan ada juga yang membaling bola ke belakang.

Kalau di ingat - ingatkan, memang kelakar dan seronok melihat mereka semua bermain. kumpulan di bahagikan kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan diawasi oleh seorg guru atau PPM dan 2 atau 3 murid dalam 1 kumpulan. Saya kumpulan terakhir dan mengajar 2 orang pelajar. Seorang masalah pendengaran dan seorang lagi slow leaner. Tapi mereka baik - baik jer. Boleh dikirakan sepanjang permainan, banyak bola termasuk lorong tepi yang dikenali juga sebagai LONGKANG. Tapi mereka tetap bersemangat untuk cuba memastikan bola mengena sasaran. Walaupun terkena satu pin bowling sahaja, kami tetap bersorak seakan - akan semua pin bowling terjatuh. Tidak cukup dengan bersorak. Siap menari - nari lagi hahahaha.. Tujuan sebenarnya adalah untuk memberikan penghargaan dan semangat kepada murid - murid agar cuba lagi untuk menjatuhkan lebih banyak pin bowling. itulah salah satu kegembiraan bersama mereka. Jom tengok gambar - gambar yang sempat di ambil.

Logo Pusat Bowling dekat taiping " WINNER BOWLING"

Ni dia pengurus pemasaran pusat bowling iaitu Mr. CHONG. Orgnya peramah dan baik.

Ini dia barisan guru - guru, ppm, dan murid - murid SK Sg Kepar.

Ini pula Guru - Guru dan PPM SK Sg Kepar
Dari Kiri Atas: Cikgu Azimah, Cikgu Shida, Cikgu Siti
Dari Kiri Tengah: Cikgu Ayu, Kak. Izan
Dari kiri bawah: Cikgu Tarmizi, Cikgu Shah, Kak. Yan


Pelajar - Pelajar berbaris untuk mengambil kasut masing - masing

Ni kenapa menyorok?? nak jadi bola bowling ke??
kepala dah sama besar dengan bola bowling .....

Ni lah kumpulan sy. Tengah mengajar Asraf cara membaling bola bowling.

Ni lah dia My Team. Asraf tengah dan Kusyairi.

Pelik gambar ni? main bowling tp buat iklan minuman YEO'S..

10 May 2009

Wedding Mizi & Imah

Alhamdulillah, hari ni berjaya gak setlekan sesi fotograpi kenduri dekat Teluk Air Tawar (Penang).... Agak meriah tapi sederhana... konsep tetap unsur kampung, ramai gak yang datang... sesi foto banyak di buat sekitar rumah sahaja... bawah ni sebahagian dari gambar - gambar yang di ambil pada hari perkahwinan Mizi & Imah.. Selamat meneliti.. sebarang kekurangan atau coment... jangan sengan - sengan tinggalkan kat ruangan coment di bawah ataupun ruangan chat je.. Salam dari saya... C. Anwar

I love U

I like Flower hmmm

Macam Model Tak??? Sape - sape pon
boleh jadi model didepan kamera saya...

Ni merajuk kenapa pula?? Pujuk.. jangan x pujuk...

Alamak.. Kantoi, tu buat ape tu haaaa???

Biarlah member tu, dia dah kahwin... mana boleh mengaku bujang lagi..

18SX.. tidak sesuai untuk tontonan umum...

08 May 2009

Kerja Sambilan

Salam.. hmm mengganggur lagi den... tunggu jawapan kerja sama ada, ade kosong or x... now just buat kerja part time kat uma.. buat print T-shirt n siapkan Edit pic yang di tempah oleh customer masa ambik pic dia kahwin... pic kengkawan PPKI-SMKSP pun nak di siapkan.... salah satu contoh pic di bawah... dari gambar original ambik pakai camera tukar kan pic kepada bentuk gambar lukisan... tu je la kerja buat masa ni... :) sambil2 tolong cikgu SMKSP buatkan lukisan pemandangan tepi pantai untuk pertandingan memasak pada 14hb mei 2009 ni... hope dorang berjaya ke peringkat yg tertinggi.. amiinnnn...


PPM Cik Daya dan Cik Shikin...
Cikgu Mages